Saturday, February 27, 2010

RBS Bundle Di Expo Moh SAntai 2010 Langkap,Perak

Suasana Expo Moh Santai 2010 Langkap, Perak...
















Expo pertama aku sertai setelah sekian lama melayan business bundle ini ialah di Langkap, Perak. Walaupun pada mulanya tak seperti yang dijangkakan tapi dengan bantuan serta dorongan semangat dari rakan2 aku teruskan jua perjuangan aku di Langkap. Kini Expo Moh Santai anjuran UPP Event management hampir pada penghujungnya, namun segala pengalaman serta pengajaran yang aku perolehi sepanjang expo ini berjalan akan aku bawak sebagai pedoman untuk expo seterusnya.......

Wednesday, February 24, 2010

RBS Bundle Di Expo Moh SAntai 2010 Langkap,Perak

Bermula pada 12 Feb 2010, Start expo di langkap..Dengan berbekalkan semangat yang tinggi, aku dapat sewa khemah disana. Walaupun pada mulanya kawan yang sepatutnya berkongsi khemah datang dengan barangnya tetapi last minute hilang entah kemana. Terpaksa juga aku teruskan walaupun barang yang dibawa tak banyak...
Alhamdulillah permintaan amat menggalakkan sekali terutama dari peminat bundle jeans....
Hari kedua aku terpaksa pulang ke KL untuk mengambil stok baru....
Apa2 pun perjalanan aku mengikut expo telahpun bermula.....
Terima Kasih kepada rakan2 niaga dan juga management team terutama sekali Adeq 09, Faez 09, Pak Su 08, Bro Deen 04, Alang 010, Bro Kamal 01, Otai 02 kerana banyak membantu aku semasa berada dalam keadaan susah dan tertekan semasa berada di langkap....
Jasa korang akan aku kenang selamanya....

Monday, February 1, 2010

Pengalaman Dalam Dunia Perniagaan

Bermula dengan hanya bermodalkan sedikit wang hasil perkongsian bersama sahabat2 dapatlah kami membuka tapak di UPTOWN Rawang yang dulunya dikenali sebagai UPMarket Rawang. Permulaan dengan hanya beberapa jenis pakaian bundle terdiri dari Lelaki dan Perempuan, kami dapat pula meluaskan lagi tapak kami disana menjadi 6 tapak yang pada asalnya hanya 2 tapak. Alhamdulillah dengan berkat usaha para sahabat dan sokongan tanpa berbelah bagi dari Keluarga dapat kami bertahan walaupun umum mengetahui Kemerosotan dari segi peniaga di UPTown Rawang tersebut. Sekarang boleh dikatan kebanyakkan yang datang mengunjungi UPTown Rawang akan membeli belah di kedai kami...
Mungkin dengan permintaan dan sambutan yang amat menggalakkan yang diterima dari para peminat serta pembeli setia pakaian bundle ini bertambah, maka mungkin ada dikalangan "manusia" yang kurang senang atau dengki dengan kejayaan kami(RBS Bundle). Bermula dengan terjumpanya balutan kain hitam yang mengandungi jarum didalamnya menampakkan ada yang kurang senang dengan kami. Bukannya kami buat salah atau buat benda yang tak baik cuma kami anak2 muda(bumiputera) mencuba nasib mencari rezeki yang halal. Dari kami melepak tak tentu arah baik kami berniaga dan kami tak menyusahkan sesiapa pun.Terbaru setelah sekian lama tidak menerima ujian, sekali lagi kami diuji dengan benda yang tidak terlintas difikiran kami...Macam biasa lewat petang lebih kurang jam 5 petang kami bergerak menuju ke tapak berniaga diuptown rawang terkejut dengan penemuan bangkai anjing yang diletakkan betul2 di hadapan kedai kami. Keadaan yang reput serta penuh dengan ulat membuatkan kami tertanya tanya kenapa boleh jadi begini sedangkan semalam sebelum kami tutup kedai (4am) memang tiada kelihatan bangkai tersebut disitu. Kalau ada pemangsa lain membawa bangkai tersebut disitu mesti bertabur dimerata rata tempat tapi ini sebaliknya berlaku. Bangkai itu seperti sengaja diletakan disitu.....Kalau adapun anjing yang mati mesti bulu atau keadaan fizikalnya masih baik tapi bangkai ini dah reput, bulu dah tiada semacam bangkai yang dah mati seminggu...Korang fikirlah sendiri.....
Apa2 pun kejadian yang seumpama ini menjadi pengajaran pada kami semua tentang keseronokkan dialam perniagaan...Menjadikan kami lebih bersedia untuk menempuh segala rintangan dan ujian yang diturunkan kepada kami demi mengejar cita2 untuk berjaya. Kepada rakan2 yang ingin mencuba nasib dialam perniagaan ini, anda harus kuat dari fizikal dan mental supaya anda semua tidak cepat melatah dan patah semangat apabila menempuh dugaan kelak...
SAma2 lah kita berdoa supaya allah sentiasa menyebelahi kita dan mencurahkan rezeki yang murah pada kita semua....Amin...