Monday, February 1, 2010

Pengalaman Dalam Dunia Perniagaan

Bermula dengan hanya bermodalkan sedikit wang hasil perkongsian bersama sahabat2 dapatlah kami membuka tapak di UPTOWN Rawang yang dulunya dikenali sebagai UPMarket Rawang. Permulaan dengan hanya beberapa jenis pakaian bundle terdiri dari Lelaki dan Perempuan, kami dapat pula meluaskan lagi tapak kami disana menjadi 6 tapak yang pada asalnya hanya 2 tapak. Alhamdulillah dengan berkat usaha para sahabat dan sokongan tanpa berbelah bagi dari Keluarga dapat kami bertahan walaupun umum mengetahui Kemerosotan dari segi peniaga di UPTown Rawang tersebut. Sekarang boleh dikatan kebanyakkan yang datang mengunjungi UPTown Rawang akan membeli belah di kedai kami...
Mungkin dengan permintaan dan sambutan yang amat menggalakkan yang diterima dari para peminat serta pembeli setia pakaian bundle ini bertambah, maka mungkin ada dikalangan "manusia" yang kurang senang atau dengki dengan kejayaan kami(RBS Bundle). Bermula dengan terjumpanya balutan kain hitam yang mengandungi jarum didalamnya menampakkan ada yang kurang senang dengan kami. Bukannya kami buat salah atau buat benda yang tak baik cuma kami anak2 muda(bumiputera) mencuba nasib mencari rezeki yang halal. Dari kami melepak tak tentu arah baik kami berniaga dan kami tak menyusahkan sesiapa pun.Terbaru setelah sekian lama tidak menerima ujian, sekali lagi kami diuji dengan benda yang tidak terlintas difikiran kami...Macam biasa lewat petang lebih kurang jam 5 petang kami bergerak menuju ke tapak berniaga diuptown rawang terkejut dengan penemuan bangkai anjing yang diletakkan betul2 di hadapan kedai kami. Keadaan yang reput serta penuh dengan ulat membuatkan kami tertanya tanya kenapa boleh jadi begini sedangkan semalam sebelum kami tutup kedai (4am) memang tiada kelihatan bangkai tersebut disitu. Kalau ada pemangsa lain membawa bangkai tersebut disitu mesti bertabur dimerata rata tempat tapi ini sebaliknya berlaku. Bangkai itu seperti sengaja diletakan disitu.....Kalau adapun anjing yang mati mesti bulu atau keadaan fizikalnya masih baik tapi bangkai ini dah reput, bulu dah tiada semacam bangkai yang dah mati seminggu...Korang fikirlah sendiri.....
Apa2 pun kejadian yang seumpama ini menjadi pengajaran pada kami semua tentang keseronokkan dialam perniagaan...Menjadikan kami lebih bersedia untuk menempuh segala rintangan dan ujian yang diturunkan kepada kami demi mengejar cita2 untuk berjaya. Kepada rakan2 yang ingin mencuba nasib dialam perniagaan ini, anda harus kuat dari fizikal dan mental supaya anda semua tidak cepat melatah dan patah semangat apabila menempuh dugaan kelak...
SAma2 lah kita berdoa supaya allah sentiasa menyebelahi kita dan mencurahkan rezeki yang murah pada kita semua....Amin...

1 comment:

Anonymous said...

Saya tidak dapat berterima kasih kepada perkhidmatan pembiayaan lemeridian yang cukup dan membiarkan orang tahu betapa saya bersyukur atas segala bantuan yang anda dan kakitangan pasukan anda telah menyediakan dan saya berharap untuk mengesyorkan rakan dan keluarga sekiranya mereka memerlukan nasihat atau bantuan kewangan @ 1,9% Kadar untuk Pinjaman Perniagaan .Via Hubungi:. lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com. WhatsApp ... + 19893943740. Teruskan kerja hebat.
Terima kasih, Busarakham.