Friday, August 5, 2011

Dugaan adalah peringatan allah pada umatnya....

Assalammualaikum semua.......

Lamanya tak bukak n update blog nie...Ingat dulu nak buka bundle nie nak buat jualan melalui internet tapi skang nie ingat nak tuka pulak lah..sambil menjual kekadang tu meluahkan perasaan...Hehehhe...rasa boleh gak kot tapi itu lah kekadang kita kena berkongsi pengalaman dengan kengkawan.

Bermula dengan perniagaan demi perniagaan yang aku cuba buata tapi akhirnya menemui kegagalan kerana perbuatan manusia yang sekarang ini menjadi trend iaitu memasukkan pasir di periuk org lain untuk melepaskan diri sendiri atau kepentingan diri sendiri. Setelah menemui kegagalan akhirnya dengan berkat usaha yang tak pernah jemu akhirnya aku dapat memiliki sebuah gerai Burger walaupun tak besar tapi alhamdulillah aku dapat mengusahakannya seorang diri...Dari hari ke hari aku dapat menarik perhatian pelanggan dengan menu yang pelbagai dan juga pengalaman lalu yang aku gunakan untuk memajukan perniagaan aku. Sekian lama aku berjuang untuk membantu membangunkan keluarga aku dimana anak2 aku semakin membesar. Beberapa bulan berlalu dan aku mampu menarik nafas lega kerana denganbantuan dari isteri tersayang aku dapat melalui perjalanan hidup ini dengan ceria sekali....Alhamdulillah walaupun tak dapat memiliki Ferarri tapi aku mampu tersenyun kerana aku dapat meluangkan lebih banyak masa dengan Family... Tidak terfikir untuk kembali ke alam makan gaji kerana aku dah selesa begini kerana aku lah boss..aku lah kuli dan segala galanya aku.....

TAPI....

Kehadiran kakak aku dengan share partner dia pada suatu malam bakal merubah kehidupan aku yang tenang pada satu kehidupan yang aku harapkan dapat mengubah suasana kehidupan keluarga aku. Walaupun masa itu tengah hujan lebat dan malam mereka sanggup datang untuk meminta bantuan aku kerana mereka kekurangan pembantu untuk menjalankan operasi. Setelah lama aku berfikir dan berbincang dengan keluarga, demi untuk memberi kesenangan kepada keluarga aku sanggup berkorban dengan meninggalkan perniagaan burger aku semata mata untuk membantu kakak aku dan membantu syarikat Melayu ini menghadapi saat2 susah mereka. Setelah membantu mengatasi masalah operasi yang memang kelam kabut serta menyelesaikan masalah pembelian barangan dengan meminta bantuan rakan2 ku di pasar borong selayang, seam like semuanya berjalan dengan lancar. Operasi berjalan semperti biasa dan aku memantau seperti business nie aku yang punya. Start aku bekerja dari bulan nov 2010 sampai lah kesaat ini aku tak pernah ambil cuti, sabtu ahad pun aku kerja...malah MC pun aku terpaksa bergerak kerana bahan mentah mesti ada untuk menggerakkan operasi dapur. Kenderaan 4x4(Toyota Hilux) dibeli bagi memudahkan kerja2 aku dibahagian purchasing dan sekali lagi aku korbankan nama aku untuk membeli kenderaan tersebut kerana nama syarikat tidak boleh digunakan kerana Black LIst sbb banyak hutang tertunggak. Aku sanggup kerana aku fikirkan kakak aku memang betuk ada syer dengan syarikat tersebut tapi sangkaan aku meleset kerana tiba2 berlaku perbalahan dalaman dimana melibatkan aku sekali kerana sangkaan ku kakak aku ada melakukan kesalahan yang melibatkan syarikat tidak dapat memperbaharui lesen kementerian kewangan. SAmpai kan aku telah bergaduh dengan kakak aku sendiri demi membantu mengerakkan syarikat tapi apa yang aku pertahankan selama ini telah dirancang dengan teliti oleh Owner syarikat tersebut....Org Melayu tu...

DAN

Sekarang nie aku pula yang bakal menjadi mangsa kerana khidmat aku pada syarikat sudah tidak diperlukan kerana semua kerja aku telah diserahkan pada org lain dan juga aku nie banyak membantah.. Yelah dah aku yang jaga Operasi takkan aku nak diam jika anak2 buah aku tidak dilayan serta tidak dijaga kebajikan mereka. Dah la EPF tak dibayar mengikut jadual, kenaikkan pangkat yang selama ini adalah dibawah bidang kuasa aku tidak dilakukan oleh kerana ada manusia yang mementingkan diri sendiri sampai sanggup menabur pasir diperiuk nasi org lain demi menyenangkan diri sendiri. Owner syarikat hanya tahu nak untung tapi kebajikkan pekerja diabaikan demi memuaskan hati sendiri. Sekarang nie sesiapa yang membantah akan diberi surat pertukaran yang akan menyusahkan pekerja itu sendiri....Senang sungguh nak perkenakan org yang lemah....

TAPI

Mereka lupa tentang janji allah pada semua umatnya tentang hari akhirat. Jika didunai mereka ingat mereka selamat tapi allah tak lupa apa yang mereka lakukan didunia. Bagi aku, aku maafkan semua kesalahan mereka dan aku tidak ada apa2 niat yang tak buruk terhadap mereka kerana bagi aku mereka sama sahaja dengan aku, manusia yang lemah disisi allah. Rezeki allah ada dimana mana cuma kita sebagai umatnya kene cari dan gunakan peluang diberi sebaik mungkin....
Nasihat aku pada kengkawan diluar sana dan untuk diri aku sendiri ..Jangan lah terlalu percaya pada org lain dan jangan mengharapkan sesuatu atau bantuan dari org lain. Cuba lakukan dengan kudrat dan akal fikiran sendiri yang allah telah bekalkan pada kita untuk menjadi umatnya. Jangan sekali kali lupa pada perintahnya dan tinggalkan segala larangannya. insyallah kita akan berjaya...Cuma lambat atau cepat sahaja.....Insyallah...

1 comment:

ABy said...

hidup kita umpama roda, hidup dia dia dan dia jgk sama umpama roda, apa pun jadi akan terjadi balik kat depa.