Sunday, August 7, 2011

LAst Day

Emmm.....Hari nie last day aku kat Syarikat yang selama nie aku banyak habiskan masa aku dan korbankan tenaga. Tenaga yang aku curahkan tak bermakna rupanya pada company nie sbb apa yang dikejar hanyalah keuntungan dunia semata mata. Apa yang dikata tidak dikotakan kerana ketamakkan harta dunia serta ingin memuaskan diri sendiri. Mungkin bukan aku sahaja yang merasainya tapi mungkin juga ramai lagi syarikat2 diluar sana yang pemiliknya bersikap macam pemilik syarikat tempat aku bekerja nie....
Masa susah khidmat kita memang diperlukan tapi bila dah senang khidmat kita senang senang sahaja di cantas dan di lempar begitu sahaja. Tapi apakan daya pekerja seperti aku hanya insan lemah yang tidak dapat berbuat apa2 kerana kuasa ditangan mereka. Mereka boleh buat apa sahaja kerana mereka punyai kuasa dan harta untuk menindas org yang lemah seperti aku.....

Tapi.....

Mereka lupa yang allah itu melihat dan allah itu maha adil....Segala janjinya akan dikotakan. Jika didunia mereka rasa mereka selamat tapi diakhirat kelak balasan allah sudah pasti.......Jangan ingat kamu akan selamat kerana seksaan allah amatlah berat dan jika kamu rasa kamu lebih hebat dari allah nescaya kamu salah.

Aku hanya dapat berdoa dan berserah pada allah.......Allahuakbar.....

No comments: